Ayat2 Keramat Nabi




Dikisahkan dalam perjalanan Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW, Jin Ifrit berani untuk kejar baginda Rasulullah SAW yang dikawal oleh Malaikat Jibril. Namun cubaan Jin Ifrit tu kemudiannya dihancurkan dengan doa bacaan yang diajarkan oleh malaikat Jibril.
Ketika Rasulullah SAW terbang dengan menggunakan Buraq sebagai kenderaan yang didampingi malaikat Jibril… baginda melihat Ifrit dari bangsa Jin yang mengejar beliau dengan semburan api yang menyala-nyala.
Setiap kali Nabi Muhammad SAW menoleh, baginda nampak Ifrit terbang mengekori untuk terus menerus mencelakakan baginda dengan menyemburkan api dari obor yang dibawa jin Ifrit.
Kemudian malaikat Jibril berkata:

“Tidakkah aku ajarkan kepada kamu (Nabi SAW) beberapa kalimat… jika kau baca maka akan memadamkan apinya dan terbalik kepada wajahnya lalu dia akan binasa (hancur lebur)?”
Kemudian malaikat Jibril mengajar doa tersebut kepada Rasulullah SAW. Ini 

Setelah Nabi Muhammad SAW membaca doa yang diajar tadi, maka jin Ifrit yang membuntuti baginda terus jatuh tersungkur kemudian binasa dan obornya padam (HR. Bukhari)

NABI CEKIK JIN IFRIT DALAM SOLAT

Hadis ini diriwayatkan dalam banyak kitab hadis muktabar antaranya dalam Sahih al-Bukhari. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ عِفْرِيتًا مِنَ الجِنِّ تَفَلَّتَ عَلَيَّ البَارِحَةَ - أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا - لِيَقْطَعَ عَلَيَّ الصَّلاَةَ، فَأَمْكَنَنِي اللَّهُ مِنْهُ، فَأَرَدْتُ أَنْ أَرْبِطَهُ إِلَى سَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي المَسْجِدِ حَتَّى تُصْبِحُوا وَتَنْظُرُوا إِلَيْهِ كُلُّكُمْ، فَذَكَرْتُ قَوْلَ أَخِي سُلَيْمَانَ: رَبِّ هَبْ لِي مُلْكًا لاَ يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي "، قَالَ رَوْحٌ: «فَرَدَّهُ خَاسِئًا»

Maksudnya: Sesungguhnya Ifrit daripada bangsa jin telah menggangguku semalam untuk memutuskan solatku. Maka Allah berikan aku kelebihan untuk mengatasinya. Kemudian, aku hendak mengikatnya di salah satu tiang masjid sehingga waktu subuh dan kalian semua dapat melihatnya. Lalu aku teringat perkataan Nabi Sulaiman AS, “Wahai Tuhan, kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku”. Rauh berkata: Kemudian Baginda SAW mengusirnya dalam keadaan hina.

KAAB BUN MALIK MEMBAKAR JIN IFRIT DGN AL KURSI

kisah yang dinukilkan dari Kitab Imam Al-Ghazali, Khawaassul Quran, tentang riwayat kisah Ka’ab.
Ka’ab ni merupakan pedagang Basrah yang diganggu Ifrit. Ka’ab melakukan perjalanan ke negeri Basrah dan membawa barang dagangannya untuk dijual ke sana. Tapi malangnya bila sampai di Basrah untuk cari tempat penginapan, semua dah penuh.
Disebabkan tak ada pilihan lain untuk cari tempat rehat. Ka’ab kemudian terjumpa sebuah rumah kosong yang dah lama tak dihuni, dari jauh pun dah boleh nampak banyak sangat sarang labah-labah.
Akhirnya Ka’ab berhasil untuk berjumpa dengan pemilik rumah kosong tu. Tujuan Ka’ab berjumpa dengan tuan rumah sebab nak sewa rumah kosong tu selama seminggu.

“Rumah ni aneh, selalu jadi buah mulut masyarakat yang ada disini.” Pemilik rumah tu tak berselindung.
“Apa sebenarnya yang terjadi pada rumah ini?” Soal Ka’ab.

“Kata beberapa orang, rumah ni didiami oleh Jin Ifrit. Dah ramai orang yang cuba untuk huni rumah ni, tapi akhirnya semua binasa,” jelas si pemilik rumah.
Ka’ab membuat kesimpulan yang rumah kosong ni berpuaka. Tapi dia sendiri tak ada pilihan lain selain untuk duduk di rumah kosong tu.

Akhirnya Ka’ab berkata, “Walaupun orang-orang berkata demikian, saya tetap ingin tinggal di sini asalkan Tuan mengizinkan.”
Si pemilik rumah langsung tak keberatan dan tak minta bayaran sedikitpun dari Ka’ab. Dan akhirnya
Ka’ab tinggal di rumah berpuaka tersebut.
Malam tu, langsung tak ada hal yang aneh atau pelik jadi dalam rumah. Sampailah keesokan harinya Ka’ab pergi berdagang, dan balik semula ke rumah saat matahari hampir terbenam
Suatu malam, Ka’ab kemudiannya mengalami beberapa kejadian aneh. Beliau sukar untuk pejamkan mata Kemudian dalam keadaan hening, tiba-tiba Ka’ab dikejutkan dengan bayangan hitam besar dengan dua mata yang menyala-nyala seperti bara api di depannya.
Maka secara spontan, Ka’ab terjaga dan membaca ayat Kursi. Akan tetapi bayang-bayang tu langsung tak menghilang, kemudian lembaga hitam tu turut ikut apa yang dibaca oleh Ka’ab, sampailah ke akhir ayat Kursi.
Namun setelah Ka’ab membaca akhir ayat Kursi iaitu ‘Walaa Yauuduhu hifzuhumaa wa huwal aliyyul ‘adziim’ bayang-bayang hitam tu terus lenyap dan suaranya dah tak didengari lagi.
Ka’ab jadi hairan dan beliau terus mengulangi bacaannya hingga ayat Kursi yang terakhir untuk terus memastikan bayang-bayang hitam tu benar-benar lenyap. Hilangnya lembaga hitam tersebut disertai dengan bau seperti sesuatu yang terbakar.
Keesokan paginya, Ka’ab mendapati pada salah satu sudut rumah tersebut terdapat bekas-bekas abu seakan-akan ada sesuatu yang telah terbakar. Dan serentak dengan itu, Ka’ab mendengar suara ghaib tanpa rupa berkata, “Hai Ka’ab, engkau telah membakar Jin Ifrit yang sangat ganas.”
“Dengan apa aku membakarnya?” tanya Ka’ab dengan nada hairan.

“Dengan firman Allah, Walaa Yauuduhu hifzuhumaa wa huwal aliyyul ‘adziim,” jawab suara ghaib tersebut.